BeWallet

Ada Kemusykilan? Boleh Rujuk Soalan Lazim Di Sini


Sekiranya ada terdapat sebarang kemusykilan berkaitan sistem ini, anda boleh rujuk secara terus menerusi soalan di bawah ini

1Bagaimana untuk membuat setup akaun dalam sistem inmaverse?
Buka menu 'Chart of Accounts', klik butang 'Tambah Akaun Baru', isi butiran akaun baru seperti nama, nombor, jenis akaun dll. Ulangi untuk semua akaun perakaunan anda.
2Bagaimana cara muatnaik penyata bank ke dalam sistem inmaverse?
Pergi ke menu Transaction, ada bahagian Sales & Expenses, ada butang import excel, boleh klik dan upload file excel transaksi bank anda
3Bolehkah saya membuat pelarasan jurnal dalam sistem inmaverse?
Boleh, pergi ke menu 'Journal Entries', klik 'Tambah Jurnal Baharu' dan isi butiran pelarasan jurnal anda di situ.
4Adakah sistem inmaverse sesuai untuk perniagaan saya?
Sistem inmaverse sesuai untuk semua jenis perniagaan sama ada runcit, perkhidmatan, pembuatan dan lain-lain.
5Bolehkah saya akses sistem ini dari telefon bimbit saya?
Boleh, INMAVerse ini boleh diakses melalui browser seperti google chrome, safari ataupun browser telefon. Boleh diakses di mana sahaja anda berada
6Berapa cepat masalah teknikal akan diselesaikan jika ada?
Masalah teknikal akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam bekerja selepas laporan diterima.
7Bolehkah saya menjana laporan kewangan dalam inmaverse?
Ya, anda boleh menjana pelbagai laporan seperti lembaran imbangan, untung-rugi dan aliran tunai dengan klik beberapa butang sahaja.
8Adakah latihan penggunaan sistem disediakan?
Kami menyediakan video tutorial dan manual pengguna secara percuma untuk membantu anda menggunakan sistem dengan mudah. Boleh rujuk di https://inmaverse.online/tutorial/
9Berapakah yuran langganan bulanan untuk sistem ini?
Untuk sistem INMAVerse, kita ada 3 pakej, Bulanan - RM108 6 Bulan - RM580 12 Bulan - RM 1,080
10Siapakah yang perlu saya hubungi untuk bantuan selanjutnya?
Anda boleh menghubungi pasukan sokongan kami pada waktu bekerja melalui Live Chat di laman web atau whatsapp di : https://wa.me/601123359667 ataupun emel ke admin@inmaverse.online
11Adakah data saya selamat simpan dalam sistem ini?
Ya, semua data disulitkan dan disimpan pada pelayan awan tersandar berbilang lapis dengan ciri-ciri keselamatan tertinggi.
12Bolehkah saya kemas kini profil syarikat saya dalam sistem
Boleh, anda boleh kemaskini semua butiran syarikat anda pada bila-bila masa melalui tetapan akaun pengguna.
13Apakah ciri-ciri keselamatan yang ada pada inmaverse
Inmaverse mematuhi standard keselamatan SOC2 dan PCI DSS dengan perlindungan data melalui penyulitan, pengesahan dua faktor, log audit dan sebagainya.
14Berapa kerap sistem ini dikemaskinikan
Kami melakukan naik taraf dan penambahbaikan sistem hampir setiap minggu tanpa gangguan penggunaan bagi memastikan ia sentiasa terkini.
15Apakah jenis latihan pengguna yang disediakan?
Kami ada video latihan, manual, demo langsung, dan juga boleh diadakan bengkel pengguna mengikut keperluan.
16Bolehkah saya buat salinan sandaran data saya?
Ya, anda boleh memuat turun salinan sandaran data anda pada bila-bila masa dari menu Utiliti.
17Apakah format fail yang disokong oleh inmaverse
Inmaverse menyokong kebanyakan format fail biasa seperti XLSX, CSV, PDF dan sebagainya.
18Bolehkah saya mengguna semula data sedia ada saya?
Ya boleh, kami akan membantu proses pemindahan dan penyesuaian data lama anda ke sistem baharu.
19Adakah terdapat peningkatan prestasi dan keupayaan sistem?
Prestasi sistem inmaverse sentiasa dipantau dan ditingkat upaya mengikut trafik penggunaan bagi memastikan kelancaran operasi.
20Bagaimanakah proses permintaan refund dilakukan?
Hantar permintaan melalui e-mel ke admin@inmaverse.online dengan butiran transaksi, sebab dan jumlah yang ingin dikembalikan. Ataupun anda boleh isikan borang di pautan ini https://inmaverse.online/contact/
21Berapakah tempoh pemprosesan bagi sesuatu permintaan refund?
Kebanyakkannya diproses dalam 2 hingga 3 hari bekerja. Kami akan maklumkan sekiranya terdapat kelewatan.
22Bolehkah pengurusan akses dibuat mengikut tahap pengguna?
Ya, pentadbir boleh tetapkan tahap akses yang berlainan pada setiap pengguna sama ada sebagai pemilik, kakitangan atau tetamu.
23Adakah terdapat audit log untuk semua aktiviti dalam sistem?
Ya, setiap tindakan oleh pengguna direkod dalam audit log untuk tujuan jejakan.
24Bagaimanakah polisi privasi data pengguna inmaverse?
Kami komited untuk melindungi data peribadi pengguna kami seperti termaktub dalam polisi privasi.
25Bolehkah saya tukar pakej langganan pada bila-bila masa?
Ya, anda boleh naiktaraf atau diturun taraf pakej melalui portal pengguna tanpa penalti.
26Berapakah tempoh notis pembatalan langganan yang dikehendaki?
Tempoh notis 1 bulan diperlukan untuk pembatalan langganan sebelum tempoh matang.
27Adakah terdapat jaminan pulangan wang?
Ya, jaminan pulangan wang penuh 15 hari diberikan jika anda tidak berpuas hati.
28Bolehkah kami melihat butiran transaksi perbelanjaan dalaman?
Laporan perbelanjaan terperinci boleh dijana bagi tujuan pemantauan dan audit.
29Bolehkah saya menetapkan tarikh akhir dan garis masa bagi projek management?
Ya, pentadbir projek boleh menetapkan tempoh masa dan tarikh akhir sewaktu menguruskan projek dalam sistem.
30Bagaimana untuk mengagihkan tugasan kepada kakitangan/pasukan?
Tugasan boleh diagihkan kepada ahli pasukan melalui fungsi Pengagihan Tugas dengan nyatakan butiran dan tempoh masa.
31Adakah terdapat amaran jika sesuatu tugasan hampir tamat tempoh?
Ya, e-mel amaran automatik akan dihantar kepada pengurus projek dan ahli pasukan jika hampir tamat tempoh.
32Bolehkah saya pantau kemajuan setiap tugasan dan projek?
Laporan kemajuan terperinci bagi setiap tugasan dan keseluruhan projek boleh dicapai pada bila-bila masa.
33Bagaimana untuk mengemukakan hasil tugasan yang telah disiapkan?
Hasil tugasan boleh dimuatnaik melalui fungsi Penyerahan Tugasan dengan komen dan status siap atau sebaliknya.
34Bolehkah saya berkongsi fail tugasan dengan ahli pasukan?
Ya, fail dan dokumen berkaitan tugasan boleh dimuatnaik dan dikongsi dengan ahli pasukan yang berkenaan.
35Bagaimana untuk memberi ulasan dan maklum balas tugasan?
Pentadbir boleh memberi ulasan dan maklum balas menerusi fungsi Semakan Tugasan selepas menilai hasil kerja ahli pasukan.
36Adakah terdapat laporan produktiviti kakitangan?
Laporan Produktiviti berdasarkan penglibatan setiap kakitangan dalam projek dan penyiapan tugasan boleh diakses oleh pentadbir.
37Bolehkah saya lihat log masa dan aktiviti oleh kakitangan?
Log masa dan aktiviti setiap ahli pasukan direkodkan dan boleh ditunjukkan sebagai laporan Audit Trail.
38Berapa lama data projek dan tugasan akan disimpan?
Data bagi tugasan dan projek yang tamat akan disimpan sehingga 5 tahun selepas tarikh penutupan.