-
Asingkan Wang Peribadi dan Perniagaan
Pastikan wang peribadi dan perniagaan diasingkan supaya senang untuk mengikuti dan menguruskan. Kalau campur semua wang, nanti akan jadi kelam-kabut. Bukalah akaun bank khas untuk perniagaan.
-
Buat Belanjawan yang Munasabah
Buat belanjawan untuk merekodkan pendapatan dan perbelanjaan perniagaan. Ini akan bantu tahu samada untung atau rugi. Bahagikan perbelanjaan kepada bayaran pekerja, bayaran utiliti, belanja iklan dan lain-lain.
-
Fahami Aliran Tunai
Aliran tunai bermaksud wang yang masuk dan keluar dari perniagaan. Kerap pantau aliran tunai supaya tahu berapa banyak wang yang ada dan yang perlu dibayar.
-
Guna Sistem Perakaunan yang Sesuai
Sistem Perakaunan membantu merekodkan pendapatan dan perbelanjaan dengan cepat. Ini mengjimatkan masa dan mengurangkan kesilapan jika dibuat secara manual.
-
Semak Kedudukan Kewangan Secara Kerap
Pastikan semak kedudukan kewangan perniagaan secara kerap seperti aliran tunai, keuntungan dan pendapatan. Ini membantu buat keputusan yang bijak seperti mengurangkan kos atau tambah pelaburan.
-
Urus Hutang dengan Bijak
Pinjam wang hanya jika benar-benar perlu untuk tambah modal perniagaan. Terlalu banyak hutang akan menyusahkan urusan perniagaan.
-
Simpan Wang Persediaan
Pastikan ada simpanan kewangan untuk keadaan kecemasan seperti mesin rosak atau jualan menurun.
-
Bayar Cukai dengan Betul
Faham jenis cukai yang perlu dibayar dan bila perlu dibayar. Jangan lupa dapatkan bantuan pakar cukai jika perlu.
-
Laburkan Semula untuk Perniagaan
Gunakan sebahagian keuntungan untuk memperbaiki dan menambah baik perniagaan seperti membeli peralatan baharu atau latih pekerja.
-
Dapatkan Nasihat Pakar Kewangan
Jumpa pakar kewangan untuk dapat panduan lebih baik terutama jika nak buat keputusan penting atau menghadapi situasi sukar.
Dengan mengikuti nasihat ini, perniagaan akan sentiasa berada dalam keadaan kewangan yang sihat dan mampu untuk terus berkembang!
Nota : Sekiranya anda mencari sistem perakaunan yang sesuai, lengkap dan boleh membantu pengurusan perniagaan anda, boleh klik sahaja disini.